Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust.
Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan sebagainya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock? itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock ni. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Jadi apa tunggu lagi? Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan unit trust anda boleh hubungi saya di :
H/P : 012-7042914 (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com