Monday, December 8, 2014

Skim Persaraan Swasta : Private Retirement Scheme (PRS)

Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga  Malaysia mendapati simpanan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan persaraan mereka. PRS merupakan ciri penting industri pencen swasta dengan objektif untuk menambah baik taraf kehidupan bagi membantu warga Malaysia pada masa persaraan mereka melalui dana simpanan tambahan.

Sebagai sebuah pelaburan jangka panjang, PRS dibentuk bagi membantu meningkatkan kecukupan dan mengembangkan skop manfaat persaraan kepada semua segmen masyarakat. Ia sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan mandatori Malaysia yang sedia ada. 

Caruman kepada PRS adalah sukarela. Individu (pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja) atau majikan boleh menyertai PRS sebagai pencarum. Menawarkan manfaat pencen swasta boleh menjadi suatu cara bagi majikan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir. 

Ciri-ciri Utama PRS

Dibentuk bagi menyediakan pilihan dan kefleksibelan
Menggalakkan ahli supaya mengawasi simpanan persaraan mereka

PRS merupakan satu skim caruman yang mana manfaat kepada ahli ditentukan oleh jumlah caruman dan ditambah dengan pulangan pelaburan selepas itu. Matlamat simpanan dalam PRS adalah bagi membantu ahli meningkatkan jumlah simpanan dalam jangka panjang.

• Ahli mempunyai pilihan untuk membuat caruman kepada lebih daripada satu dana di bawah satu PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berlainan.

• Oleh sebab skim ini adalah sukarela, tiada jumlah tertentu atau tempoh tertentu yang ditetapkan untuk membuat caruman kepada PRS.

• Pilihan dana yang ditetapkan juga disediakan bagi ahli-ahli yang memilih Penyedia PRS mereka tetapi tidak menetapkan pilihan dana. Pilihan dana yang ditetapkan disediakan bagi kumpulan umur yang berlainan. Penyedia PRS perlu memastikan supaya ahli-ahli yang berkenaan disalurkan kepada dana yang ditetapkan mengikut kumpulan umur masing-masing seperti yang ditunjukkan di bawah:


• Semua caruman yang dibuat kepada PRS akan dibahagi dua dan dimasukkan ke dalam sub-akaun A dan B seperti yang berikut:


Nilai sub-akaun A dan sub-akaun B boleh naik atau turun bergantung pada harga unit. Harga unit merupakan nilai setiap unit yang dipegang oleh ahli dari hari  ke hari. Harga unit ditetapkan secara harian.

• Bagi menyediakan kecekapan dan kemudahan untuk ahli, satu PPA telah ditubuhkan bagi menjejaki caruman PRS mereka serta menyimpan rekod semua transaksi berkaitan dengan PRS yang dibuat oleh ahli. PPA tidak mengurus dana secara dalaman atau menerima caruman tetapi akan memudahkan pelaksanaan 
arahan daripada ahli.

• Pelabur individu akan mempunyai hanya satu akaun bagi pengurusan simpanan persaraan yang lebih baik kerana 

Sebagai tambahan kepada potongan cukai yang dibenarkan bagi caruman KWSP, insentif cukai diberikan kepada majikan dan pekerja seperti yang berikut:

 - Individu – pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012; dan
 - Majikan – potongan cukai ke atas caruman PRS yang dibuat bagi pihak pekerja mereka melebihi kadar      KWSP yang diwajibkan sehingga 19% daripada gaji pekerja.

Pelepasan cukai juga diberikan ke atas pendapatan yang diterima oleh dana di
bawah skim tersebut.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan ini anda boleh hubungi saya di :

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com


No comments:

Post a Comment