Monday, December 8, 2014

Skim Persaraan Swasta : Private Retirement Scheme (PRS)

Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga  Malaysia mendapati simpanan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan persaraan mereka. PRS merupakan ciri penting industri pencen swasta dengan objektif untuk menambah baik taraf kehidupan bagi membantu warga Malaysia pada masa persaraan mereka melalui dana simpanan tambahan.

Sebagai sebuah pelaburan jangka panjang, PRS dibentuk bagi membantu meningkatkan kecukupan dan mengembangkan skop manfaat persaraan kepada semua segmen masyarakat. Ia sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan mandatori Malaysia yang sedia ada. 

Caruman kepada PRS adalah sukarela. Individu (pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja) atau majikan boleh menyertai PRS sebagai pencarum. Menawarkan manfaat pencen swasta boleh menjadi suatu cara bagi majikan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir. 

Ciri-ciri Utama PRS

Dibentuk bagi menyediakan pilihan dan kefleksibelan
Menggalakkan ahli supaya mengawasi simpanan persaraan mereka

PRS merupakan satu skim caruman yang mana manfaat kepada ahli ditentukan oleh jumlah caruman dan ditambah dengan pulangan pelaburan selepas itu. Matlamat simpanan dalam PRS adalah bagi membantu ahli meningkatkan jumlah simpanan dalam jangka panjang.

• Ahli mempunyai pilihan untuk membuat caruman kepada lebih daripada satu dana di bawah satu PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berlainan.

• Oleh sebab skim ini adalah sukarela, tiada jumlah tertentu atau tempoh tertentu yang ditetapkan untuk membuat caruman kepada PRS.

• Pilihan dana yang ditetapkan juga disediakan bagi ahli-ahli yang memilih Penyedia PRS mereka tetapi tidak menetapkan pilihan dana. Pilihan dana yang ditetapkan disediakan bagi kumpulan umur yang berlainan. Penyedia PRS perlu memastikan supaya ahli-ahli yang berkenaan disalurkan kepada dana yang ditetapkan mengikut kumpulan umur masing-masing seperti yang ditunjukkan di bawah:


• Semua caruman yang dibuat kepada PRS akan dibahagi dua dan dimasukkan ke dalam sub-akaun A dan B seperti yang berikut:


Nilai sub-akaun A dan sub-akaun B boleh naik atau turun bergantung pada harga unit. Harga unit merupakan nilai setiap unit yang dipegang oleh ahli dari hari  ke hari. Harga unit ditetapkan secara harian.

• Bagi menyediakan kecekapan dan kemudahan untuk ahli, satu PPA telah ditubuhkan bagi menjejaki caruman PRS mereka serta menyimpan rekod semua transaksi berkaitan dengan PRS yang dibuat oleh ahli. PPA tidak mengurus dana secara dalaman atau menerima caruman tetapi akan memudahkan pelaksanaan 
arahan daripada ahli.

• Pelabur individu akan mempunyai hanya satu akaun bagi pengurusan simpanan persaraan yang lebih baik kerana 

Sebagai tambahan kepada potongan cukai yang dibenarkan bagi caruman KWSP, insentif cukai diberikan kepada majikan dan pekerja seperti yang berikut:

 - Individu – pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012; dan
 - Majikan – potongan cukai ke atas caruman PRS yang dibuat bagi pihak pekerja mereka melebihi kadar      KWSP yang diwajibkan sehingga 19% daripada gaji pekerja.

Pelepasan cukai juga diberikan ke atas pendapatan yang diterima oleh dana di
bawah skim tersebut.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan ini anda boleh hubungi saya di :

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com


FAQ : PRS

1. Bagaimanakah saya (sebagai individu) hendak menyertai PRS?
• Untuk membuat caruman dalam PRS, anda boleh hubungi saya di 012-7042914 (redzuan). Pada masa yang sama atau sebelum membuat caruman, anda boleh membuka akaun PPA dengan melengkapkan borang membuka akaun yang akan saya berikan atau daripada laman sesawang PPA (www.ppa.my)
• Bukti pengenalan diri diperlukan ketika membuka akaun:
 - Kad pengenalan / Polis / Angkatan Tentera (bagi warga Malaysia) atau kad
pengenalan / pasport (bagi warga asing).
• Apabila akaun PPA telah dibuka, anda akan menerima nombor akaun dan kata laluan yang kekal untuk anda.

2. Bagaimanakah majikan boleh membuat caruman sukarela bagi pihak pekerjanya? 
• Majikan yang ingin membuat caruman kepada PRS bagi pihak pekerjanya boleh
berjumpa dengan saya.
Jumlah caruman ditentukan oleh majikan manakala pekerja pula memilih jenis dana bawah Skim tersebut yang ditawarkan oleh Penyedia PRS berkenaan.
• Jika pekerja tidak membuat pilihan dana, caruman majikan akan disalurkan kepada pilihan dana yang ditetapkan oleh pihak kami.
• Caruman majikan mungkin tertakluk kepada jadual tertentu yang bermakna pencaruman tersebut mungkin hanya dibuat ke dalam akaun pekerja berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan

3. Apakah yang perlu saya pertimbangkan ketika memilih PRS? 
 Apabila membuat caruman PRS, anda perlu menimbangkan pelbagai faktor seperti umur anda, pendapatan peribadi dan isi rumah, ketahanan terhadap risiko, objektif persaraan serta kesesuaian dana yang berbeza-beza bawah pelbagai Skim untuk memenuhi keperluan persaraan anda serta bayaran dan caj dana berkenaan.
• Terdapat banyak jenis pelabur:
 – Ada yang mahu pulangan tetap
 − Ada yang tidak terburu-buru dan lebih gemar tabungan persaraan mereka
berkembang secara perlahan
 − Ada yang mahu pulangan yang tinggi.
• Pendekatannya juga mungkin berbeza-beza bergantung kepada sama ada anda – bujang, pekerja muda; keluarga muda yang mempunyai dua sumber pendapatan; berada di pertengahan kerjaya atau hampir mencapai usia persaraan. Contohnya:
(i) jika tempoh persaraan anda masih jauh, anda boleh menimbangkan untuk melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi;
(ii) jika anda hampir bersara, anda boleh memilih pelaburan yang lebih stabil dan konservatif; atau
(iii) jika masih ada beberapa tahun lagi sebelum bersara, anda boleh menimbangkan untuk melabur dalam portfolio pelaburan yang seimbang, mengandungi bon dan ekuiti.
• Keperluan manusia berubah-ubah melalui peringkat yang berbeza-beza dalam kehidupan kita. Anda perlu selalu mengkaji semula portfolio PRS anda bagi memastikan ia bersesuaian dengan objektif pelaburan anda.
• Dalam menetapkan matlamat persaraan, perlu diambil kira tentang kos sara hidup dan inflasi serta membuat perancangan jangka panjang; jangan terlalu bimbang mengenai turun naik pasaran berjangka pendek.

4. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat ketika hendak membuat keputusan untuk mencarum dalam PRS? 
• Bakal ahli mesti menerima dokumen yang berikut sebelum membuat caruman bawah Skim tersebut:
 − Kertas penerangan produk yang memberikan ringkasan maklumat penting dana di bawah skim tersebut, menggunakan bahasa yang mudah difahami; dan
 − Dokumen penzahiran, sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak, bergantung pada pilihan yang dibuat oleh bakal ahli, yang memberikan maklumat lebih terperinci mengenai PRS. Tujuannya bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan berasaskan maklumat.
• Pencarum dinasihati supaya membaca dan memahami dokumen penzahiran dan tidak bergantung sepenuhnya kepada iklan.

5. Bilakah saya boleh mula mencarum dalam PRS?
• PRS telah ditawarkan kepada orang awam dari November 2012.

6. Bagaimanakah ahli boleh menjejaki pelaburan PRS mereka? 
• Ahli boleh menyemak pelaburan secara dalam talian melalui laman sesawang PPA atau hubungi saya.
• Ahli akan menerima penyata secara berkala daripada Penyedia PRS dan penyata tergabung mengenai pelaburan mereka daripada PPA. Ini termasuklah caruman yang dipegang oleh Penyedia PRS.

7. Bolehkah wang caruman dikeluarkan daripada PRS?
• Pengeluaran daripada PRS atau mana-mana dana bawah PRS boleh dibuat dalam keadaan berikut:
 − Sehari selepas ahli mencapai umur persaraan, yang pada masa ini ialah 55
tahun;
 − Kematian ahli;
 − Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya; atau
 − Bagi pengeluaran sebelum persaraan.

• Berkenaan dengan pengeluaran sebelum persaraan, ahli hanya boleh mengeluarkan amaun dalam sub-akaun B daripada setiap Penyedia PRS sekali setahun. Pengeluaran sebelum persaraan yang pertama hanya boleh dipohon oleh ahli setahun selepas membuat caruman pertama kepada mana-mana dana bawah Skim tersebut (sama ada caruman itu dibuat oleh majikan atau ahli). Walaupun pengeluaran sebelum persaraan boleh dibuat atas apa sahaja alasan, penalti cukai 8% ke atas jumlah yang dikeluarkan akan ditolak oleh
Penyedia PRS sebelum bakinya dikreditkan ke dalam akaun ahli.
• Walaupun pengeluaran jumlah keseluruhan adalah dibenarkan, ahli digalakkan supaya mengekalkan simpanan mereka untuk pelaburan berterusan bawah Skim tersebut.

8. Apakah yang berlaku apabila ahli meninggal dunia?
• Apabila ahli meninggal dunia, simpanan mereka akan diserahkan kepada pelaksana atau pentadbir wasiat berdasarkan undang-undang di Malaysia. Pemegang Amanah Skim perlu menyerahkan kesemua atau sebahagian daripada baki, yang mana perlu, mengikut penyerahan probet dan surat kuasa mentadbir.


  • Bagi pencarum individu, ini adalah simpanan hayat anda. Kawallah ia dan jadikannya bermanfaat selepas persaraan anda.

 – Ketahui PRS anda
 – Tetapkan matlamat persaraan anda
 – Tentukan profil risiko anda

• Bagi majikan, PRS adalah platform untuk anda menambah
baik daya tarikan kepada tenaga kerja yang baik.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan ini anda boleh hubungi saya di :

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com

Tuesday, February 25, 2014

Apa itu Saham Amanah / Unit Trust?

Apa khabar semua? Pada siapa yang masih tidak tahu apa sebenarnya unit trust, mari kita ambil masa sekejap untuk baca definisi sebenar unit trust ini ya?

Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).


Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan sebagainya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock? itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock ni. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Jadi apa tunggu lagi? Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan unit trust anda boleh hubungi saya di :

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com

CARA MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT TRUST


1) Melabur menggunakan wang tunai

Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

  •   Kaedah Lump Sump  

Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 sahaja.

  •   Kaedah Lump Sump + Regular Saving

Melalui kaedah kedua ini pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank.


2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke unit amanah/unit trust.

Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/

Jadual kelayakan dan cara pengiraan boleh klik pada LINK ini.



Jom menyimpan sambil melabur!  

Untuk pertanyaan lebih lanjut, penerangan yang lebih panjang lebar, boleh hubungi saya di : 

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com

Why Should I Investing in Unit Trust ?

Unit trust or mutual fund is a financial vehicle through which individuals may invest their money. The idea behind unit trust is better returns through collective investing. In other words, it means pooling the investments of many investors, individuals and institutions.


Unit trust is getting popular nowdays due to potentially higher return when compare to fixed deposit or EPF saving. Furthermore, EPF is providing an option to withdraw some or your EPF saving for the purpose of investing in unit trust.


If you still wondering whether to invest in unit trust or not, you should see the reason why you should.


1.Being well-diversified financial instruments, they are less risky than if you were to invest in individual stocks.


2.You can reap investment opportunities from all over the world, as they are invested globally and into different financial instruments.


3.They are managed by professional fund managers who aim to obtain higher returns for your money. You do not need to monitor equity markets closely for fluctuations.


4.There is a wide selection of unit trusts available to meet the different investment objectives of investors. Staying invested over time, these returns can compound to very attractive amounts, unlike savings deposits.


5.Fund houses are bound by agreement to purchase the unit trusts back from you should you decide to sell your holdings, at the prevailing price on the date of sale, regardless of the number of units sold. Liquidity gives flexibility.


If you want to invest in unit trust or you need further explanation, please contact me at :

H/P : 012-7042914  (Redzuan)
Email : redzuan_yaacob@yahoo.com

Monday, February 24, 2014

KELEBIHAN MENJADI AGEN UNIT TRUST/UNIT AMANAH

Perunding Unit Amanah
 
Perunding unit amanah/Unit Trust  lebih kepada memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengurus kewangan dengan menyimpan serta melaburkan wang di pelaburan unit amanah. Dengan memberi pulangan yang tinggi bergantung kepada profil risiko masing-masing. 

Menjadi perunding unit amanah bermakna anda memberi peluang kepada diri anda berkembang sejajar dengan usaha kuat anda. Unit Trust Consultant adalah seorang usahawan atau ahli perniagaan  dalam perniagaan unit amanah. Kerjaya ini memberi kebebasan kepada anda untuk sentiasa memajukan diri. Untuk memajukan diri haruslah dengan ilmu. InsyaAllah segala penat lelah anda akan terjawab semasa anda naik diatas pentas untuk menerima anugerah sebagai Consultant terbaik. Inilah kepuasan yang dapqat diperolehi oleh seorang consultant. Anugerah itu diterima setiap tahun jika layak.
 
Gaji seorang Unit Trust Consultant
 
Mungkin ada yang bertanya, berapakah gaji seorang Unit Trust Consultant? Kerjaya ini tidak mempunyai gaji tetap. Ianya dibayar berdasarkan kepada komisen daripada pelabur.  Justeru itu tidak hairanlah sesiapa yang menceburi bidang ini bertahun-tahun akan mempunyai income / pendapatan sekitar 5 figure berbanding makan gaji. Pendapatan seorang consultant dikira berdasarkan jumlah pelaburan dan usaha anda untuk mendapat pendapatan seperti yang dimahukan. Tidak ada halangan untuk mendapat income yang tinggi
 
Overridding
 
Untuk mengembangkan bisnes ini seorang consultant haruslah mencari partner untuk bersama-sama menggandakan lagi pendapatan. Seperti KFC, jika KFC tidak membuka jenamanya di Malaysia sudah tentu kita hari ni tidak merasa ayam KFC. KFC memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan jenamanya menjual ayam KFC. Akhirnya si peniaga KFC mendapat keuntungan berlipat kali ganda disamping itu juga mentor kfc yang asal juga mendapat income berupa royalti kerana penggunaan jenama KFC. Jika peniaga tidak menggunakan nama KFC belum tentu ayam gorengnya laku akhirnya bungkus. Tetapi oleh kerana KFC adalah jenama TERBAIK maka semua orang mengenalinya. Begitu juga dengan Syarikat ini, di mana ianya merupakan yang terbaik dalam industri Unit Amanah. 
 
Lain-lain
 
Dengan menjadi agent unit amanah/unit trust and akan mendapat peluang seperti Melancong, Carrier Benefit, Subsidi Housing Loan, Subsidi Car Loan, dll


Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami, anda boleh isikan maklumat anda di link ini : 

Peluang Kerjaya sebagai perunding kewangan

Mencipta kerjaya untuk diri sendiri adalah lebih baik dari bekerja untuk orang lain.

Jika anda seorang yang rajin, amanah, inginkan kerjaya yang memberikan anda lebih masa dan wang, ingin belajar dan berani jadilah sebahagian dari kami sebagai pakar runding dalam urusan perancangan kewangan peribadi.

Sila isikan borang di bawah :



Nama :
Email :
Alamat :
No. H/P :
Pengalaman Berniaga : Ya
Tidak
Tahap Pendidikan : SPM
STPM/Diploma
Ijazah
Sijil Profesional
Komitmen : Separuh Masa
Sepenuh Masa

Click here to create your own form.